1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dan lain-lain), kerangka:
~ basikal;
badannya kurus kering, tinggal ~;
~ rumah sudah berdiri;
2. buram, bagan, rancangan (yang menyeluruh dan tidak terperinci):
guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah untuk mendapat kejayaan, oleh yang demikian ~ yang diberikan ini hanyalah panduan sahaja;
30 orang intelek Melayu dari seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dengan beliau dalam ~ sokongan intelek-intelek;
~ pembangunan rang (rencana) pembangunan;
~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan;
berangka mempunyai rangka, ada bentuknya (bangunnya dan lain-lain):
binatang yang tidak ~;
syair yang ~ tetap;
merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dan lain-lain) untuk sesuatu:
malam itu abang ~ jadual untuk esok;
baginda akan membaca titah diraja yang ~ dasar kerajaan;
dia ~ program yang akan diisinya kelak;
ia ~ bahan yang akan dipercakapkan nanti;
merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka:
ia ~ bahan yang akan dipercakapkan nanti;
perangkaan ilmu yang membicarakan cara-cara membuat kesimpulan daripada data, menganalisis data dan mentafsir data, statistik;
perangka orang yang merangka (program, rancangan dan sebagainya), perancang:
para ~ dan penyelia program ini terdiri daripada pegawai di Kementerian Pendidikan.