rancak I

1. [Minangkabau] bagus, baik, cantik, elok, molek;
~ di lebuh suka berpakaian yang bagus-bagus (cantik), pesolek;

2. cepat dan riang (irama muzik, rentak tarian, dan lain-lain):
Masri suka menyanyikan lagu-lagu ~;
murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani bekerja;

3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas:
dia berjalan dengan ~ menghala ke kampungnya;
persatuan itu sekarang sedang ~ dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-pelajar miskin;
degup jantungnya bertambah ~;
kedengaran suara tembakan yang ~ dari suatu arah;
perjuangan begitu ~, begitu tangkas;

merancak menjadi rancak:
perlumbaan senjata yang semakin ~;

merancakkan menjadikan rancak:
banyak rancangan yang diatur untuk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara;

kerancakan perihal rancak;

kerancak-rancakan sombong kerana cantiknya.

berkongsi