ranap I

1. berada dalam keadaan (hampir) rata dengan tanah (kerana roboh, tumbang, dan lain-lain):
rumah Pak Dollah ~ ditimpa pohon kelapa yang tumbang;

2. [kiasan] rosak binasa, jahanam, musnah:
motokarnya habis ~ ditimpa pohon kayu;
apabila cinta sudah tidak ada lagi, maka kebahagiaan hidup berumah tangga turut ~;
~ petulang, ijuk penebal
(peribahasa) pencarian tambahan selain gaji (tetap);

meranapkan menjadikan ranap, meratakan sehingga sama dengan tanah (memukul kayu ke dalam tanah sehingga sama dengan permukaan tanah dan lain-lain), memusnahkan:
angin sekencang itu boleh ~ rumah papan beratap nipah di kampung-kampung di Malaysia;

keranapan perihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan.

berkongsi