sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), Nephelium lappaceum;
~ hutan
a) = ~ kabung = ~ kahang sejenis tumbuhan (pokok), gumpuh, gerik, Nephelium eriopetalum;
b) = ~ pacat sejenis tumbuhan (pokok), redan (tumu), Nephelium glabrum;
c) sejenis tumbuhan (pokok), mertajam, Erioglossum edule;
~ kapri sejenis tumbuhan (pokok), pulasan, mutan reba, sanggul lotong, Nephelium mutabile;
~ pacat
a) sejenis tumbuhan (pokok), sanggul lotong, gumpal benang, arang para, Nephelium hamulatun;
b) = ~ hutan sejenis tumbuhan (pokok), Nephelium glabrum;
c) sejenis tumbuhan (pokok), Xerospermum spp.;
~ cantum(an) (pokok) rambutan hasil daripada percantuman kulit tunas yang baik kepada pokok yang kurang baik;
~ jantan pokok rambutan yang berbunga sahaja (tidak berbuah);
~ kahwin [bahasa percakapan] rambutan cantuman;
~ lekang buah rambutan yang longkah isinya (dari biji);
gelagah boreh ~ jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak (peribahasa) perihal nasib yang malang seseorang yang berbuat seperti orang lain tetapi tidak beroleh faedah (seperti orang lain).
rambutan
berkongsi