ramah

1. elok dan menarik budi bahasanya (terhadap sesiapa):
perempuan yang berbudi itu mempelawa lagi dengan ~nya;
mereka menyambuntuku dengan ~nya;

2. suka bercampur (bergaul, bercakap-cakap, dan lain-lain) dengan mesra:
gadis yang dahulunya ~, sekarang menjadi pendiam pula;
umumnya kaum lelaki ~-~ benar;
~ lidah suka bercakap-cakap;
~ mesra sangat karib (pergaulan);

beramah-ramahan bergaul (bercakap-cakap, berkenalan) dengan ramah:
serta ~lah aku dengan segala supai-supai itu;

meramahi bersikap ramah-tamah kepada, mengambil hati:
siapa pun diramahinya;

keramahan sifat atau sikap ramah, kemesraan (dalam pergaulan dan sebagainya):
kecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat dinafikan;
~ beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah lama berkenalan;

peramah orang yang ramah, bersifat ramah:
penumpangnya itu ~ orangnya;
bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang daripada kawannya.

berkongsi