raksasa

1. sejenis makhluk seperti manusia yang sangat besar dan tinggi badannya (dalam cerita-cerita), bota, gergasi;

2. [kiasan] tersangat besar, besar sekali;
kemajuan ~ kemajuan yang tersangat besar;
kekuatan ~ kekuatan yang besar sekali;
rancangan ~ rancangan yang besar sekali;
rapat ~ rapat umum yang besar (biasanya di tanah lapang);

raksasa-raksasaan banyak raksasa, secara besar-besaran:
kini tinggal badan-badan monopoli sahaja, ~ yang maha besar berhadapan satu dengan lain;

keraksasaan (Biologi)

1. keadaan tubuh yang terlalu besar akibat perembesan hormon pertumbuhan yang berlebihan sehingga penderita menjadi sangat tinggi (dengan kemampuan mental dan seks yang sangat rendah);

2. pertumbuhan yang berlebihan pada tumbuhan akibat perembesan hormon pertumbuhan yang berlebihan.

berkongsi