rakam

1. hasil mengecap (bunga-bunga pada kain, huruf atau tanda yang dicetak, dan lain-lain);

2. garis-garis berwarna pada kain tenun, suji atau sulam yang berwarna lain;

3. alur bunyi atau suara pada piring hitam atau pada pita (perakam pita);

berakam dirakamkan:
muzik yang sudah ~;

merakam
1. mengecap, mencetak, mencorakkan (kain dan lain-lain);

2. memberi garis-garis dengan warna lain (tenunan), menekat (dengan benang emas atau berwarna), menyuji, menyulam;

3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dan lain-lain) pada piring hitam atau pita:
jarum itu pun bergetar menurut bentuk alur-alur yang ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yang dirakam;
~ rompak
merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kepada yang berhak);

4. [Minangkabau] melekap, menempel, melekat (baju pada tubuh dan lain-lain);

merakamkan
1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan, mencorakkan (kain dan lain-lain);

2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan;

3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dan lain-lain) untuk dicapkan (diterakan) pada piring hitam (pita rakam dan lain-lain):
~ cerita-cerita pelipur lara;

4. melekatkan (menyematkan) dalam hati, menyimpan dalam hati;

5. melakukan dengan mencatatkan dan lain-lain supaya (sesuatu itu) tersimpan untuk kegunaan (rujukan dan sebagainya) pada suatu waktu kemudian kelak:
sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yang berlaku dalam parlimen;
novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhannya;

terakam
1. tercap, tercatat, tersurat (dalam perlembagaan, perjanjian, dan lain-lain):
hak-hak istimewa yang sudah ~ dalam perlembagaan;

2. tersirat dalam hati, terlekat dalam hati:
kenangan-kenangan yang sedih itu sudah ~ dalam hatinya;

3. tercatat dan tersimpan (untuk kegunaan, rujukan, dan sebagainya pada waktu kemudian);

rakaman sesuatu yang dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dan lain-lain);

perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan:
~ data;

perakam sesuatu yang merakamkan, alat merakam:
akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yang berlaku di negara kita;
~ pita
alat merakam yang menggunakan pita.

berkongsi