ragut

meragut
1. menarik (menyentak, merabut, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan:
tas tangannya diragut perompak;

2. memakan rumput hidup dan sebagainya (berkenaan (dengan) lembu, kambing, dan lain-lain):
yang meragut-ragut rumput, itulah kerbau;

3. ki mencabut, merampas, menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa (tiba-tiba dan sebagainya):
dia berasa dirinya diperlakukan secara tidak adil apabila kebahagiaannya yang tinggal secebis itu diragut dengan tiba-tiba;
~ nyawa
menyebabkan mati dengan tiba-tiba:
kemalangan itu telah ~ nyawa pemandu tersebut;

ragutan hasil meragut;

peragut orang (penjahat) yang meragut dan melarikan sesuatu barang yang sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang:
pelancong asing juga sering menjadi sasaran ~ bermotosikal;
dalam kejadian itu, ~ melarikan beg tangan seorang wanita yang sedang membeli-belah.

berkongsi