radio

1. pemancaran (penghantaran, pengiriman, siaran) bunyi dan lain-lain menerusi udara:
baginda akan berucap kepada rakyat melalui ~ ;

2. = pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dan lain-lain menerusi udara, tetuang udara:
warta berita dari ~ Malaysia;
Jepun dengan perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu tenggelam;

3. = pesawat ~ = peti ~ alat perkakas untuk menerima (menangkap) siaran menerusi udara:
dari ~nya terdengar lagu-lagu instrumental yang lembut;
kereta ~
kereta peronda polis yang mempunyai sistem radio;
~ transistor radio kecil yang mudah dibawa ke mana-mana;

meradiokan menghebahkan (mengumumkan, menyiarkan) melalui radio.

berkongsi