racun

1. bahan yang berbisa dan boleh mematikan atau membawa maut (kalau dimakan dan lain-lain):
ia pun makan ~ lalu mati;
~ herba
racun perosak yang digunakan untuk menghapuskan atau mengawal pertumbuhan rumpai atau tumbuhan lain yang tidak dikehendaki;
~ kulat racun perosak yang digunakan untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat;
~ perosak
racun daripada bahan kimia yang digunakan untuk membunuh perosak seperti serangga dan rumpai;
~ serangga racun perosak yang digunakan untuk membunuh serangga yang berbahaya pada manusia;

2. bahan yang berbisa dan boleh menyebabkan sakit:
kuman tetanus ini berkembang biak dan mengeluarkan sejenis ~ yang menyebabkan tegang urat leher dan tulang rahang;

3. [kiasan] sesuatu yang merosakkan batin (fikiran dan lain-lain):
kerisauan menjadi ~ kepada kehidupan;
perbuatan seperti ini akan menjadi ~ kepada syarikat dan juga kepada ahli yang berkenaan;
jikalau air ~, rembesnya pun ~ juga
(peribahasa) jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga;

beracun ada racunnya, mengandungi racun:
gas yang ~;
makanan yang ~;

meracun memberi makan racun (supaya mati):
ia dituduh ~ anjing jirannya;

meracuni 1. membubuh racun pada:
dia berteriak mengatakan aku ~ makanan itu;

2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati):
senyumnya ~ hati;

3. merosakkan, membinasakan:
dia dikatakan ~ fikiran rakyat;

meracunkan meracun untuk:
dia ~ ibunya lalang yang tumbuh terbiar di sekeliling rumah;

keracunan kena racun, termakan racun;
~ makanan termakan makanan yang mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yang mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yang menyebabkan penyakit;

peracunan perihal meracun (meracuni);

peracun
1. orang yang meracun atau meracuni:
perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~;

2. orang yang membuat racun.

berkongsi