raba I

tekaan, agakan, dugaan, taksiran;
salah ~ salah dugaan;

meraba, meraba-raba
1. menyentuh (memegang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dengan tidak melihat):
serangga menggunakan sesungutnya untuk ~ jalan;
tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit;

2. mencari sesuatu pada tubuh orang (dalam saku dan lain-lain), memeriksa orang untuk mencari sesuatu:
susahlah sedikit memeriksa perempuan yang lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya;
Amir ~ saku seluarnya dan mengeluarkan rokok;

3. meneka, mengagak (yang tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan sesuatu:
ia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya;
ia mencari-cari jawabannya sendiri, meraba-raba sendiri;

merabai meraba berkali-kali atau merata-rata:
dia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai;

teraba-raba
1. meraba-raba (memegang-megang);

2. tercari-cari (sesuatu yang terselindung dan sebagainya):
sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ untuk mencari rumus pemakaiannya;

berkongsi