puyuh I

sejenis burung kecil yang tidak berekor, Tatnix suscitator atrogularis;
bagai ~ laga
(peribahasa) percakapan yang tidak habis-habis;
mati ~ hendakkan ekor (peribahasa) menghendaki sesuatu yang mustahil didapati;
sembunyi-sembunyi ~, kepala tersorok ekor kelihatan (peribahasa) perihal orang yang berbuat sesuatu yang tidak patut dan menyangka tidak diketahui orang perbuatannya padahal semua orang mengetahui;
seperti ~ mahu yang betina daripada yang jantan (peribahasa) perihal isteri yang berusaha keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja).

berkongsi