putus

1. tidak bersambung lagi, bercerai kerana terpotong dan lain-lain (tali dan lain-lain):
anjing itu pun merentak rantai itu lalu ~;

2. [kiasan] tidak berhubungan lagi, terpisah, terpotong (tali persahabatan, perhubungan lalu lintas, dan lain-lain):
~lah sudah tali persahabatan antara mereka;
perhubungan kereta api di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ~ buat beberapa hari;

3. berakhir, habis, selesai:
kampung yang tidak pernah ~ makanan;
perundingan sudah ~
sudah ada penyelesaian, mendapat kepastian (ketentuan, persetujuan, dan lain-lain);
sampai sekarang pun perkara itu belum ~;
fikirannya hendak merantau itu benar-benar ~;
kata ~
kepastian, keputusan, ketentuan;
~ akal habis akal, tidak tahu apa yang harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung);
~ arang putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi (persahabatan dan lain-lain);
~ bicara
a) = ~ ikhtiar sudah habis ikhtiar, hilang akal;
b) = ~ kata sudah selesai (pembicaraan, perkara, dan lain-lain);
c) = ~ kata sudah mendapat kata sepakat;
~ haid terhentinya kitaran haid seseorang wanita buat selama-lamanya, biasanya pada sekitar umur 50 tahun, menopaus;
~ harap (harapan) tidak mempunyai harapan lagi;
~ harga
a) harga mati, harga tetap;
b) sudah sesuai mengenai harganya;
~ limau = ~ ubat upacara menamatkan ubat sebab telah sembuh (dengan berkenduri atau mandi air buyung);
~ loteri [Indonesia] menang loteri;
~ muafakat (pakat) sudah mendapat kata sepakat;
~ nafas
a) tidak dapat bernafas;
b) mati;
~ niat
a) sudah tetap hati;
b) sudah tercapai maksudnya;
~ nyawa (jiwa) mati;
~ rezeki kehilangan mata pencarian;
~ saudara tidak lagi mengaku bersaudara;
~ suap kehabisan nasi tambah ketika sedang makan;
~ umur mati;
~ benang boleh dihubung, ~ arang bercerai lalu (peribahasa) bercerai atau mati isteri boleh diganti, bercerai atau mati seorang kaum keluarga tidak dapat diganti;
~ kata dimulanya, (~ gayung di belebas) (peribahasa) sesuatu hal diputuskan dengan menilik asalnya;
~ tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak (peribahasa) kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan oleh sebab sesuatu kemalangan);
~ timba tinggal tali, ~ tali tinggal timba (peribahasa) perihal seseorang yang kematian suaminya (bercerai dengan taulan yang diharap);

putus-putus
1. kerap kali putus, selalu putus;

2. = berputus-putus, berputusan, terputus-putus berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti:
berbicara dalam bahasa Inggeris dengan terputus-putus;
suara ~
suara yang terhenti-henti;
diparangnya tombak-tombak itu habis ~;
tidak ~(nya)
tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja);
belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi;

berputusan berkali-kali putus, selalu putus, putus-putus:
habis ~ batang pinang;
tiada ~
tiada putus-putus (habis-habis);

memutus;
~ jalan
a) menghalangi (merosakkan dan lain-lain) jalan;
b) memotong (memintas) jalan;
~ perkataan orang menyela (memenggal) perkataan orang;

memutusi [arkaik] = memutuskan menentukan;

memutuskan
1. menjadikan putus, mengeratkan:
aneh sekali perkara yang sekecil itu rupanya yang ~ perhubungan persaudaraan antara dua beradik itu;
perhatikan gerakan jarum kompas apabila arus itu dijalankan atau diputuskan;

2. menyelesaikan (sesuatu yang sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan (perjanjian dan lain-lain):
fikiran orang itu diputuskan oleh bang sembahyang Isyak;
mereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian tanpa berunding lebih dulu;
tiba-tiba dia ~ ceritanya yang baru hendak dimulai;

3. mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan:
kuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasar-dasar pemerintahan negara ialah parlimen;
kalau tidak jua dapat diputuskan barulah dibawa kepada orang tua-tua atau guru;

4. menjatuhkan hukuman, menghukum:
sesiapa pun tidak boleh membuat komen tentang kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah;
~ cakap
menyela cakap orang;
~ fikiran (hati, niat) menetapkan fikiran (hati, niat);
~ nyawa (umur)
a) membunuh, mematikan;
b) mati;

terputus terhenti, terpenggal:
sayang ceritanya ~ di tengah-tengah;
setiap orang yang mati akan ~ segala amalannya;

putusan
1. barang apa yang sudah putus:
~ tali;

2. = keputusan:
aku buat ~, aku tinggalkan masyarakatku;

keputusan
1. kesudahan, akhir, penghabisan:
sampai mana ~ sungai ini?

2. putusan, ketentuan, ketetapan:
ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu;
semua ~ parlimen diambil dengan suara yang lebih daripada separuh;

3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan:
daripada kejadian yang berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yang mesti dijalankan;

4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yang dijatuhkan oleh hakim):
mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya;

5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dan lain-lain), hasil:
~ pilihan raya itu sungguh mengejuntukan;
~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pada bulan Mac;

6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dan lain-lain), kehabisan:
jentera yang kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak;
ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja;
~
asa perihal menderita putus asa;
~ benar sangat kekurangan (wang dan lain-lain);

berkeputusan mempunyai keputusan (kesudahan dan sebagainya);
tidak ~ tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir;

perputusan perihal berputus, perceraian, perpisahan;

pemutusan perbuatan memutus(kan);

pemutus
1. alat atau orang yang memutus(kan);

2. yang memutuskan, penentu:
kata ~;
kuasa ~;
undi (suara) ~ .

berkongsi