putar

gerakan berpusing (bertukar arah);
~ alam cenderung melakukan tipu daya atau tipu muslihat;
~ negeri perebutan kekuasaan pemerintah, revolusi;

seputar [Jakarta] sekeliling, sekitar, sepanjang:
~ kampung;
~ malam;
kejadian ~;

berputar
1. berpusing, berkisar, berkitar, berpusar:
anak kunci ~;
ceritanya ~ pada soal cinta;
roda ~ dengan kelajuan 3 radian tiap-tiap saat;

2. berganti arah, berbelok, berkelok:
ia ~ ke jurusan lain;

3. beredar (bergerak, berjalan) berkeliling:
~ dari pejabat ke padang tenis;
wang baru Malaysia sudah ~;
kapal terbang itu dua kali ~ di atas kota;
~ fikiran berubah fikiran;
~ haluan berganti haluan;
~ kecek (cakap) beralih (berubah) percakapan;
~ lidah berbelit-belit perkataannya, mengingkari janji, berbohong;

berputar-putar
1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar:
baiklah jangan ~ pada keterangan ini sahaja;
sebuah kereta radio polis dengan lampu birunya ~;

2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dan lain-lain) berkeliling:
mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yang ~ di pasar itu;

3. tidak langsung menuju (tempat dan lain-lain yang dimaksudkan, tujuan yang sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dan lain-lain);

memutar
1. menjadikan berputar, memusing(kan):
~ dadu;
~ skru;

2. mengubah arah dan lain-lain, membelokkan, mengelokkan:
meriam itu diputar ke arah kapal perang yang sedang belayar;
kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kepada yang lebih sempurna;

3. membelit-belitkan (perkataan dan lain-lain), membolak-balikkan (kebenaran dan lain-lain):
kebenaran tidak dapat diputar-putar;
ia seorang yang pandai ~ perkataan;

4. memindahkan (tanaman dan lain-lain):
apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain;

5. mencampur, mengaduk, mengarau;
~ enjin menghidupkan enjin;
~ filem mempertunjukkan filem;
~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji;
~ otak memikirkan dengan sungguh-sungguh (atau dengan susah payah);
~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kepada perkara lain;
~ wang (modal) menjalankan wang untuk berniaga;

memutarkan
1. menggerakkan supaya berputar, memusingkan:
~ jarum jam ke belakang;

2. memutar untuk orang lain;

memperputarkan
1. memperedarkan (wang, barang dagangan, dan lain-lain);

2. mengeluarkan dan menjalankan wang dalam perniagaan dan lain-lain;

terputar
1. memutar atau diputar dengan tidak sengaja;

2. dapat atau berupaya memutar:
dia tidak ~ skru itu kerana terlalu ketat;

putaran
1. gerakan berputar, kisaran, kitaran, pusingan;
beberapa ~ beberapa kali berputar;

2. sesuatu yang diputar (tombol pada radio dan lain-lain, roda pada mesin jahit, dan lain-lain), sesuatu yang dipindahkan (dialihkan dan lain-lain);
~ air kisaran air;
~ angin
a) kisaran angin;
b) pergantian angin;
~ filem pertunjukan filem (gambar);
~ masa pusingan atau perubahan masa;
~ nasib perubahan (baik atau buruknya) nasib;

perputaran
1. perihal berputar-putar, perkisaran:
~ semua baling-baling itu sama cepatnya;

2. peralihan (perubahan, pergantian) masa atau keadaan dan lain-lain:
bersiap sedia untuk menghadapi sendiri ~ sejarah pada masa akan datang;

3. pergerakan (wang, peristiwa, kehidupan, dan lain-lain) yang merupakan lingkaran, proses perdagangan (wang dijadikan bahan dan diproses dan kemudian menjadi wang lagi);

pemutaran perbuatan memutar(kan):
minyak melicinkan ~ sebuah roda;

pemutar
1. alat untuk memutar:
~ pancur air;
~ piring;
~ skru;

2. orang yang memutar;
~ semangat ki sesuatu (nasihat dan lain-lain) yang memulihkan atau mendatangkan semangat.

berkongsi