pusing

1. [bahasa percakapan] berputar;
~ belit akal (perkataan, tipu daya, dan lain-lain) yang berbelit-belit;
cakap ~ berputar balik (perkataannya);

2. = ~ kepala sakit kepala, pening:
ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya;

3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung:
sampai ~ saya dibuat olehnya;

4. = pusing-pusing [bahasa percakapan] bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah:
janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan;

5. [bahasa percakapan] turut memikirkan dan lain-lain, endah, peduli:
saya tidak ~, itu bukan urusan saya;
(tidak) ambil ~
[bahasa percakapan] (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan;

6. = dadu ~ [Indonesia] dadu putar, sintir;
~ ganti (Ekonomi)
a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan;
b) nisbah jualan dengan purata stok untuk sesuatu tempoh yang dinyatakan;

berpusing
1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dan lain-lain):
enjin sebuah motokar ~ 4 kali tiap-tiap kali rodanya ~;
bumi ~ di paku alamnya;

2. beralih hala, berubah arah:
kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur;

berpusing-pusing
1. berputar-putar, berkisar-kisar, berpusar-pusar:
perahu ~ dihempaskan ombak;
ia dipukul pada kepalanya, ~ lalu rebah;

2. bergerak berkeliling:
helikopter ~ di udara mengakap;
berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi;

memusing memutar:
~ skru;
~ jarum jam;

memusingkan
1. menjadikan berpusing, memutar:
apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga;
~ undang-undang
memutarbalikkan maksud undang-undang;
~ wang (modal) mengedarkan wang untuk berniaga, memperniagakan;

2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala:
semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya;
ada beberapa hal yang ~ saya masa ini;

3. menghilangkan akal, membingungkan, menyukarkan, menyusahkan:
cara menghafal satu-satu seperti pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~;

4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan:
segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan;

5. mengalihkan hala, mengubah arah:
~ mukanya ke arah lain;
ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain;

terpusing-pusing bergerak (hanyut, jatuh, terbang, dan lain-lain) tidak tentu hala:
beberapa hari mereka ~ jauh di tengah laut;

pusingan
1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran;
piala ~ piala yang menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dan lain-lain);
~ wang (Ekonomi) gerakan berpusing wang dalam masyarakat;

2. (Geografi) gerakan berpusing pada satu titik pusat:
kelajuan ini sama dengan kederasan ~ bumi di atas paku alamnya;

3. bahagian permainan (pertandingan dan lain-lain) yang tertentu waktunya, babak;

perpusingan
1. perkisaran, perkitaran, perputaran;

2. perihal berpusing-pusing (perkara dan lain-lain);

pemusingan perbuatan memusingkan, pemutaran;

pemusing
1. [Indonesia] alat atau mesin yang menggunakan tenaga pusingan;

2. sesuatu yang digunakan untuk memusing, alat pemutar (obeng dan lain-lain);

3. [arkaik] orang yang bersifat putar belit.

berkongsi