1. = mempunyai menaruh, ada, memiliki:
kau masih ~ duit?;
~ kerja [Jakarta] berhajat (mengadakan perayaan perkahwinan dan lain-lain);
2. = kepunyaan sesuatu yang dimiliki, hak, milik:
buku ini ~ saya bukan ~ tuan;
3. = yang ~ = tuan ~ yang memiliki, pemilik:
tolong kembalikan buku ini kepada tuan ~nya;
manusia sejati yang ~ segala kemungkinan;
ini saya ~ saya pemiliknya (kepunyaan saya);
4. [bahasa percakapan] milik daripada;
dia ~ fasal fasalnya;
dia ~ rumah rumahnya;
engkau ~ salah salahmu;
tuan ~ hal hal tuan;
5. [bahasa percakapan] sesudah begitu lama (berjalan, berhitung, berfikir, dan lain-lain), dengan sungguh-sungguh, baik-baik (untuk mempersangat):
jalan ~ jalan bersualah mereka dengan seorang perempuan;
hitung ~ hitung wang itu ternyata kurang juga apabila dihitung-hitung atau apabila dihitung betul-betul;
fikir ~ fikir akhirnya diterimanya juga tawaran itu sesudah berfikir-fikir atau sesudah difikirkan sungguh-sungguh;
pilih ~ pilih terdapat nyiur ditebuk tupai apabila memilih-milih sangat terdapat yang tidak elok;
sepunya dimiliki (dipunyai) bersama oleh dua pihak atau lebih:
kerjasama ini jelas kelihatan dengan munculnya satu bidang ~;
berpunya
1. ada yang punya (empunya), sudah dimiliki, bertuan:
harta tidak ~ harta yang tidak ada pemiliknya;
2. sudah bersuami (beristeri), sudah bertunang:
gadis itu sudah ~, jangan diganggu lagi;
3. berada, kaya (orang):
dia suka bergaul dengan orang yang ~ sahaja;
mempunyai, mengepunyai ark, mengempunyai [arkaik] memiliki, menaruh:
fantasi sebenarnya suatu pembawaan yang tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang;
Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yang dungu tetapi ~ daya berfikir;
mempunyakan ark
1. menjadikan milik;
2. mempunyai;
kepunyaan sesuatu yang dipunyai (oleh), hak, milik:
kebanyakan tanah ini ~ orang kampung;
pemunya yang empunya, yang mempunyai, pemilik;
= empunya