pungut

anak ~ anak orang lain yang dipelihara dari kecil (anak angkat);
mak ~ mak kepada anak pungut;
saudara ~ orang lain yang dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat;

memungut
1. mengambil atau mengutip sesuatu yang ada di bawah (kerana jatuh dan lain-lain):
semua barang lama, tempurung, botol, dan lain-lain hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah;

2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dan lain-lain):
petani gembira ~ hasil tanaman mereka;
kanak-kanak yang rajin ~ bunga;

3. [kiasan] mengambil manfaat (faedah, untung, dan lain-lain):
kita yang bersusah-payah, orang lain yang ~ hasilnya;

4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dan lain-lain):
pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam;
kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran;
hasil zakat yang dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan;

5. mengutip atau memetik (karangan dan lain-lain), mengambil atau meminjam kata-kata (daripada bahasa lain):
buku ini mengandungi beberapa cerita yang dipungut daripada beberapa hikayat yang terkenal;

6. = memunguntukan [arkaik] mengambil akan anak, mengambil (laki-laki) untuk dijadikan menantu, mengambil orang untuk dijadikan pembantu rumah tangga:
persatuan untuk ~ anak-anak yang terbiar;
akan kupungut anak cucunya;

7. = ~ suara mengundi dengan mengambil suara (anggota, rakyat, dan lain-lain):
cadangannya untuk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua;

memunguti memungut (mengambil) berkali-kali;

memunguntukan memungut (mengambil) sesuatu untuk orang lain;

pungutan sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut:
kata ~;
wang ~;
~ suara

a) referendum;
b) pilihan raya;
~ zakat hasil kutipan zakat;

pemungutan perbuatan memungut:
~ hasil (cukai dan lain-lain);
~ suara;

pemungut
1. orang yang memungut:
~ derma;
~ sampah;
~ zakat;

2. orang yang mengetuai jabatan memungut hasil dan lain-lain:
~ hasil tanah;
~ hasil setem.

berkongsi