1. hujung (benang, obor, tali, dan lain-lain);
~ tali kail hujung tali kail yang dipegang;
2. sudut kain (sebai, selendang, dan lain-lain) yang lepas tergantung:
terpandang ~ baju layang dalam tiang seri;
~ sebai hujung sebai yang tergantung;
3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dan lain-lain);
kitab ~ usuluddin;
perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sebagai ~ pengajaran;
4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dan lain-lain):
~ pertengkaran yang umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya;
harta akan terus menjadi ~ ketegangan yang hebat;
ibu dan anak-anak yang sihat itu adalah satu daripada punca-punca kebahagiaan rumah tangga;
apa ~nya apa sebabnya;
mula ~nya mulanya (sebabnya);
tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya;
tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dan lain-lain);
tidak tahu apa yang hendak dibuat;
~ ganda dua (√) (seperti √4 = 2), akar (Id);
~ ganda tiga (3√) (seperti 3√8 = 2 dan lain-lain);
~ persamaan (Matematik) nilai nombor yang tidak diketahui dalam ilmu hisab (seperti 2n + 7 = 25 dan lain-lain);
5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dan lain-lain):
berita ini diperoleh daripada ~ yang boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sebagai satu ~ kehidupan;
dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik;
wang yang didapati daripada segala ~;
~ hasil sumber pendapatan;
~ kekayaan sumber kekayaan;
~ pendapatan perkara yang mendatangkan pendapatan;
berpunca;
~ daripada berasal daripada, bersumber daripada:
masalah-masalah yang kita hadapi kini ~ daripada penjajahan juga.