pun

1. juga, dan demikian juga:
memang saya ~ berpendapat demikian;
perkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini;
esok ~ boleh saya ambilkan;
itu ~ dia datang;
permintaannya itu sudah ~ diterima;

2. biar, kendati, meski, walau:
susah ~ dikerjakannya juga;
hendak tidak ~ makan jugalah saya;

3. bahkan, malahan, sedangkan… (apa lagi…):
duduk ~ penat apa lagi berjalan;
jangankan menegur memandang ~ tidak hendak;

4. apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua:
apa ~ dikerjakannya (juga);
siapa ~ boleh menjadi ahli persatuan ini;

5. ~ …lah untuk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi):
maka rotan itu ~ tumbuhlah;

6. untuk menguatkan serta menegaskan pokok ayat:
setelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dalam istana;

7. = sekali ~ sekali juga;
kalau ya ~ biarlah aku bersalin dulu;
tidak bayar ~ tidak apa;
apalah yang Ida berikan kepada abang tu, tidak sejemput ~
tidak sedikit jua pun.

berkongsi