pulau

tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dan lain-lain);
belayar di ~ kapuk [Indonesia], [bahasa percakapan] tidur;
~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam gagal sama sekali;
~ harapan (perca) [Indonesia] Pulau Sumatera;
~ karang (Geografi) pulau yang terjadi daripada batu karang (jauh dari daratan), terumbu;
belayar menentang (mengadang, menuju) ~ (peribahasa) sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya;
seperti batu di ~ (peribahasa) amat banyak;

berpulau, berpulau-pulau
1. bertompok-tompok (orang, kampung, dan lain-lain);

2. mempunyai pulau (lautan dan lain-lain);

pulau-memulau saling memulaukan:
kejadian ~ juga berlaku dalam masyarakat itu;

memulaukan
1. memisahkan daripada yang lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dengan orang lain):
mereka yang melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri;
orang itu telah dipulaukan daripada masyarakat setempat;

2. enggan menyertai atau berurusan dengan sesuatu, memboikot:
hanya Parti Buruh sahaja yang ~ pilihan raya kali ini;

terpulau dipulaukan, disingkirkan;

kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau:
~ Melayu;
~ Riau;

pemulauan perbuatan memulaukan, pemboikotan, pengasingan:
~ terhadap barang-barang dari Afrika Selatan.

Pulau Pinang negeri di luar pantai barat Semenanjung, keluasan 285 km2, Georgetown sebagai ibu negeri.

berkongsi