pulang

1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali:
~ ke negerinya sendiri;
suaminya masih belum ~ daripada kerja;
~ kepada isterinya yang pertama
rujuk semula dengan isterinya yang pertama;
~ kepada yang punya terserah (balik) kepada tuan punya;

2. ~ kepada jatuh kepada, terserah kepada, tertanggung atas:
hal ini ~ kepada bapa hal ini terserah kepada bapa;
kalau terjadi sesuatu ~ kepada tuan kalau terjadi sesuatu tuanlah yang menanggungnya;
~ asal
a) kembali ke asalnya;
b) kembali kepada keadaan yang asal;
~ -balik = ~ -pergi
a) pulang dan pergi;
b) hilir-mudik, ke sana ke mari (mundar-mandir);
~ haji kembali dari naik haji;
~ hari kembali lagi pada hari yang semula (sesudah enam hari, seperti hari Minggu sampai hari Minggu berikutnya);
~ ikhtiar (kepada) terserahlah ikhtiarnya (kepada);
~ (ke) kandung kembali ke tempat asalnya;
~ ke rahmatullah meninggal dunia, mati;
~ maklum kepada terserah kepada pendapat (pertimbangan) orang;
~ modal mendapat modal kembali (tidak mendapat untung, tetapi tidak pula rugi);
~ nama yang pulang hanya namanya (mati di perantauan atau di medan perang dan lain-lain);
~ -paling ark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari;
~ pohon = ~ pokok [Indonesia] pulang modal;
~ pulih sembuh semula, kembali lagi;

sepulang waktu (masa) pulang, sekembali;

berpulang = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yang baqa) meninggal dunia;
~-paling berulang-alik;

memulangi
1. rujuk dengan isteri yang telah diceraikan:
kehidupannya menjadi bertambah baiksejak ia ~ isterinya;

2. [Minangkabau] memperisteri saudara sepupu:
apabila engkau ~ anak mamakmu, maka …;

memulangkan
1. membawa pulang, mengirimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dan lain-lain), mengembalikan:
~ motokar itu kepada tuannya;
semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing;
~ kata
membalas (menjawab);

2. menyusun (mengatur) semula, memulihkan:
susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan seperti susunan yang dahulu;
Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula;
~ nafas
beristirahat;

3. merujukkan (kepada), menyerahkan (kepada):
semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kepada pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya;

terpulang terserah:
semuanya ~ kepada kemahuan mak, saya menurut saja;

pulangan hasil daripada atau pendapatan penanaman modal (pekerjaan, pemberian, perkhidmatan, dan lain-lain);

kepulangan perihal pulang:
~ku disambut oleh ibu dan keluarga dengan mesra;

pemulangan perbuatan memulangkan, pemulihan, pengembalian.

berkongsi