pukul I

1. ketuk (dengan benda yang keras atau berat);

2. [kiasan] ketuk (dengan perkataan dan lain-lain), perintah;
kena ~
a) kena ketuk, diketuk;
b) mengalami kerugian (dimarahi, ditipu, dan sebagainya);
salah ~
a) salah mengetuknya;
b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dan lain-lain);
tukang ~ orang yang biasa memukul orang dengan upah, jagoan, samseng;

3. bahagian daripada sesuatu hari seperti yang ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dalam sesuatu hari:
jarum pendek dipanggil jarum ~nya, kerana ia menunjukkan waktu dengan bilangan ~ jam;
kami sampai di rumah ~ lima petang;
jam ~
jam yang menyatakan waktu;

4. [bahasa percakapan] = memukul mengetuk;
~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian;

5. [bahasa percakapan] mengenakan cap (harga), menetapkan harga, menaksirkan:
mengikut kemahuanku dengan harga yang telah aku ~ kepada mereka;
~ besar
untung besar;
~ besi tukul besi, palu (martil) daripada besi;
~ cap mengenakan (membubuh) cap;
~ curi
a) memukul dengan bersembunyi, memukul dan lari;
b) tidak berani bertanggungjawab;
~ gambar [bahasa percakapan] bergambar;
~ gebang [bahasa percakapan] bergebang sahaja, berbual-bual sahaja;
~ kaki [bahasa percakapan] berjalan kaki;
~ rata hitung panjang;
~ tidak tahu (peduli) [bahasa percakapan] buat tidak tahu (peduli) saja;
~ anak sindir menantu (peribahasa) lain orang yang dimarahi, lain orang pula tujuan kata-katanya;
~ anjing tak pandang mata tuannya (peribahasa) orang yang terdesak hilang takutnya;
kena ~ di punggung, gigi habis tanggal (peribahasa) sindiran itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindiran bagi seseorang akan mengenai orang ramai);

memukul
1. mengenakan sesuatu yang keras atau berat dengan kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dan lain-lain:
kepalanya dipukul dengan besi paip;
~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dan lain-lain)
membunyikan beduk dan lain-lain dengan pemalu;

2. [kiasan] melanggar, menempuh, mengalahkan, menyerang, dan lain-lain:
apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dari darat;
perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum;
bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan
bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan;

3. [kiasan] mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu:
ini bukan menolong tetapi ~ namanya;

4. [kiasan] memakan atau membunuh (dalam permainan catur):
tidak dapat ~ kuda;

5. [kiasan] = memukulkan [arkaik] [Indonesia] memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan:
belajar membahagi dan ~;
dua dipukulkan dengan tiga;
~ besi
menempa besi;
~ cap mengecap;
~ gambar mengambil gambar, memotret;
~ gamelan (canang, gong, sarun, dan lain-lain) memainkan gamelan dan lain-lain;
~ kawat [Indonesia] berkirim telegram;
~ knock-out meninju sehingga langsung kalah;
~ meja mengetuk meja;
~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur;
~ musuh menyerang (mengalahkan) musuh;
~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan;
~ roboh meninju sampai roboh;
~ telefon [bahasa percakapan] bertelefon;
~ telur (dan lain-lain) mengacau telur (supaya hancur dan naik);
dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu (peribahasa) [Minangkabau] serba salah dalam sesuatu pekerjaan yang sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak dikerjakan pun berbahaya);

pukul-memukul saling memukul antara satu sama lain;

memukuli, memperpukuli memukul berkali-kali, mengajar;

memukulkan
1. memukul dengan;

2. memukul untuk orang lain;

3. [arkaik] memperbanyakkan, mendarabkan:
dua dipukulkan dengan tiga;

terpukul
1. memukul atau dipukul dengan tidak sengaja, terhantuk:
kepalanya ~ keras pada bucu meja;

2. [kiasan] tersinggung:
dia berasa ~ dengan kata-kata sahabatnya itu;

pukulan
1. hasil perbuatan memukul:
~ yang tidak berhenti-henti daripada lawannya;

2. ketukan, hentaman, serangan:
menerima ~ hebat daripada angkatan bersenjata;
~ kilas
pukulan yang dilakukan dengan bahagian belakang tangan yang memegang raket menghala ke pemain lawan dalam permainan badminton, tenis dan sebagainya;

berkongsi