pukau

sejenis tepung (daripada biji kecubung dan lain-lain) atau jampi serapah (tangkal dan sebagainya) yang digunakan untuk memabukkan orang atau membuat orang tidur lelap;
kena ~
a) [kiasan] hilang akal, tidak dapat berkata (berbuat) apa-apa, bingung, terdiam;
b) dipukau (oleh pencuri);

memukau
1. mengenakan (membubuh) pukau;

2. [kiasan] memperdaya, mengakali, menipu;

3. memikat hati, mempesonakan, mengagumkan:
kerajinan serta ketekunan orang Jepun membangunkan negara mereka ~ seluruh dunia;

terpukau
1. tertidur (mabuk) kerana kena pukau;

2. [kiasan] terpedaya, tertipu;

3. terpesona, terpikat (hati):
ribuan penonton ~ oleh persembahan yang agak luar biasa itu;

pukauan hasil perbuatan atau usaha memukau:
dia membaca sedikit mantera untuk menyedarkan anaknya daripada ~ itu;

pemukau orang yang mengenakan pukau.

berkongsi