pucuk I

1. daun yang baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting):
memakan ~-~ kayu; ~ nipah yang muda untuk menggulung rokok;
mati ~

a) mati pada pucuknya (tumbuh-tumbuhan);
b) lemah zakar;

2. hujung yang tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dan lain-lain):
daun-daun masih terlekat di ~ pokok;

3. yang tertinggi, yang terpenting, yang berkuasa;
ditanam ~ [Minangkabau] didirikan penghulu;
~ pimpinan (pemerintahan)
a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan);
b) orang yang memegang kekuasaan tertinggi;

4. penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain):
se~ surat;
beberapa ~ senapang;

5. [kiasan] sesuatu perasaan yang baru tumbuh (perasaan cinta dan lain-lain):
~ cinta;
~ kemesraan;
~ api
lidah api (hujung nyala api);
~ biji pucuk yang akan tumbuh menjadi batang (daun dan lain-lain), bakal batang;
~ bulat orang yang memegang kekuasaan tertinggi;
~ jala pusat jala;
~ ombak kepala ombak;
~ pangkal pokok pangkal (asal-usul);
~ rebung
a) rebung yang masih muda;
b) ukiran atau lukisan yang berbentuk gerigi (pada tepi sesuatu benda);
~ tiang puncak tiang;
~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai (peribahasa) beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan;
bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) (peribahasa) sangat laju atau luncur perginya;
lebih ~ lebih pelepah (peribahasa) pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yang baharu dengan yang lama (mana yang lebih pucuk atau pelepah);
menghendaki ~ alu = minta ~ pada alu (peribahasa) menghendaki (meminta) sesuatu yang tidak akan dapat;
sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya (peribahasa) sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang;
seperti ~ dengan pelepah (peribahasa) sama juga (kiasan pada orang yang bersaudara yang sama pangkat atau darjatnya), seperti ~ eru, ke mana angin yang keras ke sana condongnya (peribahasa) tiada tetap pendirian sebentar begini sebentar begitu (mana orang yang menang atau kuat itulah yang diikut);
tidak (ber)pucuk di atas enau (peribahasa) [Minangkabau] perihal seseorang yang sangat angkuh (senantiasa memandang rendah kepada orang lain);
umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham (peribahasa) sesuatu yang kurang berguna akan dipakai juga apabila yang lain-lain tiada lagi;

berpucuk
1. keluar pucuknya:
pokok getah ~ selepas musim kemarau;

2. ada pucuknya;
kata tidak ~ putusan yang terakhir (muktamad);
ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang (peribahasa) jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa.

berkongsi