tenaga akademik yang paling tinggi taraf jawatannya, biasanya mengetuai sesebuah jabatan pengajian di universiti atau pusat pengajian tinggi, mahaguru;
~ adjung gelaran kehormat kepada profesional, tokoh korporat dan sebagainya yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam sesuatu bidang, yang dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi;
~ diraja gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada seseorang profesor oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Agong;
~ emeritus gelaran kepada profesor yang telah bersara sebagai suatu penghormatan;
~ madya pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti;
~ pelawat profesor yang diundang mengajar dan sebagainya di universiti lain (biasanya di luar negara) untuk suatu tempoh masa tertentu;
penolong ~ pensyarah yang tarafnya setingkat di bawah profesor madya di universiti;
keprofesoran ciri (sifat, kewibawaan dan sebagainya) sebagai profesor.