pratonton

tayangan filem, persembahan teater dan sebagainya yang dikhususkan untuk wartawan, pengkritik dan sebagainya sebelum filem, teater dan sebagainya itu dipertontonkan secara rasmi kepada orang ramai;

mempratontonkan mempertontonkan atau menunjukkan filem, teater dan sebagainya, terlebih dahulu kepada wartawan, pengkritik dan sebagainya sebelum dipertontonkan secara rasmi kepada orang ramai:
filem itu akan dipratontonkan kepada sekumpulan wartawan sebelum ditayangkan kepada orang ramai bulan depan.

berkongsi