potong

1. kerat, penggal, hiris:
beberapa ~ roti;

2. [bahasa percakapan] penjodoh bilangan untuk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dan lain-lain):
biasanya aku mendapat se~ baju daripada ibuku;

3. = memotong memenggal, mengerat;
rumah ~ rumah (tempat) menyembelih lembu dan lain-lain;
tukang ~
a) orang yang memotong (menyembelih);
b) tukang gunting rambut;
c) tukang sunat, mudin;
~ ayam
a) memotong (menyembelih) ayam;
b) sejenis sumpah pada orang Cina;
~ leher
a) memenggal leher, b) [bahasa percakapan] meletakkan harga yang terlalu tinggi (memeras);
c) [kiasan] dengan sengaja mencari kesusahan (menghilangkan mata pencarian sendiri);
~ rambut menggunting rambut;
~ ramus sejenis guntingan rambut (laki-laki);
~ trip [bahasa percakapan] memotong giliran (peluang) orang;
~ wajik bentuk wajik yang dipotong menyerong;
~ hidung rosak muka (peribahasa) membuat sesuatu yang tidak baik kepada keluarga sendiri akhirnya dia juga yang mendapat malu (kesusahan);

berpotong dipotong:
kain yang di dalam kotak itu masih belum ~;

berpotong-potong berkerat-kerat, berpenggal-penggal;

memotong
1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat;

2. menghiris (daging, ikan, dan lain-lain);

3. menebang (kayu,pokok, dan lain-lain);

4. menyembelih (binatang dan lain-lain);

5. menggunting (rambut), memangkas;

6. menggunting (pakaian dan lain-lain);

7. menuai (jagung, padi, dan lain-lain);

8. mengudungkan (tangan dan lain-lain);

9. membedah (perut dan lain-lain);

10. mengurangi (gaji, pendapatan, dan lain-lain);

11. memintasi (jalan, perjalanan, dan lain-lain);

12. menyelang (percakapan, orang, dan lain-lain);

13. memendekkan (kata, nama, dan lain-lain);

14. menoreh (getah);

potong-memotong
1. saling memotong (melintasi);

2. pekerjaan menggunting (pakaian);

memotongkan
1. memotong untuk orang, menyuruh memotong;

2. menggunakan pisau dan lain-lain untuk memotong, memotong dengan;

3. = memperpotongkan mengira-ngira dengan cara memotong gaji (pendapatan dan lain-lain) yang akan diperoleh;
memperpotongkan hutang-piutang mengurangkan hutang-piutang;

terpotong dapat dipotong:
sebatang kayu pun tidak ~ pada petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji;

potongan
1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yang didapati setelah memotong sesuatu yang (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan;

2. cara memotong baju (seluar dan lain-lain), guntingan:
~ baju;

3. bentuk (muka, rumah, dan lain-lain);
~ badan;
~ muka;
~ rumah;

4. pengurangan gaji (harga dan lain-lain):
~ gaji;

5. kependekan kata (nama dan lain-lain);

pemotongan
1. perbuatan memotong (mengerat, menggunting, memenggal, dan sebagainya) pengeratan, pemenggalan:
jenayah curi yang membawa kepada hukuman ~ tangan;

2. penyembelihan;

3. pemintasan (jalan dan lain-lain);

4. pengurangan (gaji, harga, dan sebagainya);

pemotong
1. orang yang memotong;

2. alat untuk memotong.

berkongsi