pos I

1. sistem atau perkhidmatan menghantar surat, bungkusan, dan sebagainya:
tawaran-tawaran yang tidak dihantar melalui ~ hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran di pejabat itu;
pejabat ~
= [Indonesia] kantor ~ pejabat tempat mengirim surat (wang dan lain-lain);
kartu (kad) ~ [Indonesia] kad bersetem yang dijual di pejabat pos dan boleh dikirim melalui pos pada kadar yang lebih rendah daripada surat yang bersampul;
kereta ~ kereta yang menjalankan urusan jabatan pos;

2. surat, bungkusan, dan lain-lain yang dihantar melalui pos;

3. [Indonesia] kereta (kuda dan lain-lain) yang menguruskan kiriman surat dan lain-lain pada zaman dahulu;

4. [Indonesia] [arkaik] perhentian kereta pos pada zaman dahulu;

5. [Indonesia], [bahasa percakapan] perhentian kereta api dan lain-lain, stesen;

~ berdaftar perkhidmatan menghantar surat, bungkusan dan sebagainya yang didaftarkan, biasanya dikenakan bayaran yang lebih mahal sedikit dan diberi ganti rugi sekiranya surat, bungkusan dan sebagainya itu hilang atau rosak;
~ laju sistem atau perkhidmatan menghantar bungkusan, surat dan sebagainya dengan cepat yang disediakan oleh jabatan pos atau syarikat tertentu;

mengepos mengirim (surat dan lain-lain) melalui pos;

mengeposkan mengepos untuk:
dia pergi ke pekan untuk ~ kakaknya surat.

berkongsi