pimpin I

berpimpin
1. dibimbing, dipandu, dituntun, ditunjuk:
yang capek datang bertongkat, yang buta datang ~;
abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan;

2. berbimbing;
~ tangan = ~ jari berpegangan tangan;

memimpin
1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dan lain-lain), membimbing, menuntun:
Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah;

2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dan lain-lain), mengepalai (rapat dan sebagainya):
dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan;
tentera yang dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia untuk menghadapi kemungkinan perlawanan daripada anasir-anasir prokomunis;

3. melatih (mendidik, mengasuh, dan lain-lain) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri;
pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yang terlatih;

terpimpin dipimpin:
masyarakat yang tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kepada manusia;
ekonomi ~
sistem ekonomi yang mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan pemerintah dan lain-lain;

pimpinan
1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan:
rakyat yang mengharapkan ~ daripada mereka;
di bawah ~
dipimpin (oleh);
memegang ~ memimpin (kumpulan dan lain-lain), pucuk ~ orang atau badan yang mempunyai kuasa pimpinan yang tertinggi;

2. yang dipimpin:
para ~ Datuk Onn;

3. buku pedoman atau panduan, petunjuk;

kepimpinan keupayaan memimpin:
~ melalui teladan;

berkongsi