~ bulu memandang kedudukan, bangsa, keturunan, dan sebagainya;
~ kasih mengasihi (memihak) sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain;
berpilih-pilih
1. pilih dengan amat teliti;
2. susah didapat, sedikit saja (yang), tidak sebarang (orang dan lain-lain):
~ orang yang boleh menjadi pemimpin perkumpulan itu;
raja-raja dan menteri-menteri yang banyak itu ~ yang tahu akan bahasa Nigrama itu;
memilih
1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dan lain-lain) yang disukai:
ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya;
mereka tidak dapat ~ nasi yang lain daripada jenis yang dimakan di rumah masing-masing;
kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yang mana satu;
tidak ~ = tidak memilih-milih tidak memandang orang (tempat dan lain-lain), tidak menghiraukan orang (tempat dan lain-lain);
2. mencari atau memisah-misahkan mana yang baik (besar, kecil, dan lain-lain):
~ beras;
~ kopi;
3. menentukan calon (orang dan lain-lain) dengan menyatakannya:
ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sebagai pengerusinya;
4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih;
pilih-pilih ruas, terpilih buku (peribahasa) kerana berharap sangat mendapat yang baik, akhirnya menerima yang buruk;
memilihkan memilih (barang, jodoh, dan lain-lain) untuk orang lain;
terpilih
1. dapat dipilih, telah dipilih:
wakil PAS yang tunggal dalam Parlimen pernah ~ dari Kerian;
2. memilih dengan tidak sengaja;
pilihan
1. yang telah dipilih, hasil memilih:
siapalah yang tahu agaknya di sana telah sedia ada anak gadis ~ ayah As sendiri;
2. yang terbaik (terpilih, terkemuka, dan lain-lain):
dihantarnya beberapa orang ~;