pikul

1. barang yang diangkat dengan galas di atas bahu:
membeli se~ air minum;

2. ukuran berat yang besarnya 100 kati (lebih kurang 62.5 kg):
harga lima ~ beras ialah RM150;

berpikul-pikul beberapa pikul;

memikul
1. membawa barang dengan galas di atas bahu, mengandar, menggalas:
~ padi;

2. mengangkat, mengusung:
maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar;
Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan;

3. [kiasan] menghadapi dan harus melaksanakan dan sebagainya (sesuatu) sebagai tanggungjawab, menanggung:
dia pun sama ~ hutang bapanya;
akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung
(peribahasa) tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada berwang);
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (peribahasa) suka duka sama-sama ditanggung;

memikulkan
1. memikul beban untuk orang lain;

2. meletakkan sesuatu di bahu untuk dipikul;

3. membebankan, memberi menanggung, menyerahkan (kewajiban, tanggungjawab, dan lain-lain) kepada:
aturan-aturan baru yang dipikulkan kepada kita;

terpikul
1. dapat atau berupaya dibawa di atas bahu:
saya tidak ~ seguni beras itu;

2. ditanggung, terletak:
kini tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak ~ di bahunya;

3. dapat ditanggung, terderita, tertahan:
dia mengalami tekanan jiwa yang tidak ~ olehnya;

pikulan
1. tongkat untuk memikul sesuatu, galas, gandar;

2. beban atau muatan yang dipikul;

pemikul orang yang memikul beban.

berkongsi