petik

memetik
1. mengambil (buah, bunga, pucuk, dan lain-lain) daripada tangkainya:
telah sudah bermain-main itu, lalu ia pun pergi pula ~ bunga mengarang kuntum;
buah-buahan itu dipetik dan kemudian dibawa dengan lori ke kilang-kilang;

2. mengambil atau menyalin sebahagian daripada isi buku (karangan dan lain-lain), menukil:
dalam ucapan dan syair orang Arab banyak menggunakan kalimat-kalimat dan perbandingan-perbandingan kata yang dipetik daripada Quran;

3. bermain gitar (kecapi dan lain-lain) dengan menggamit talinya:
ia bernyanyi sambil ~ gitar;

4. menarik picu senapang dan lain-lain dengan jari, menarik tali panah dengan jari;

5. merapatkan dan menggesekkan ibu jari dengan jari lain supaya mengeluarkan bunyi:
barangkali inilah kunci rahsia itu, Lebai Dusin menjegil-jegilkan mata dan ~ jari dengan riang;

6. menekan (memusing) suis lampu dan lain-lain yang menggunakan kuasa elektrik:
dia membuka tingkap, ~ kipas angin dan ~ lampu kerana bilik itu agak muram sedikit;

7. memilin atau memintal misai dengan menggunakan dua jari;

8. menghisap rokok dan lain-lain dengan menyelitkan rokok itu di antara dua jari;
~ bola melompat sambil menangkap (memukul) bola;
~ hasil mengutip hasil;

memetiki memetik berulang-ulang;

memetikkan memetik untuk orang;

terpetik telah dipetik, tergamit, terkutip, terpintal, tertekan;

petikan
1. hasil (pendapatan) memetik;

2. = pemetik picu senapang dan lain-lain;

3. = pemetik suis lampu elektrik;

4. kutipan, nukilan;
~ api alat untuk memasang rokok;

pemetikan perbuatan memetik;

pemetik
1. orang yang memetik;

2. petikan.

berkongsi