pesong

1. belok (ke kanan atau ke kiri), memutar (mengubah) haluan:
kerana itu kemudian ~ ke kiri memasuki suatu lorong;

2. [kiasan] mengalih (percakapan), mengubah atau menukar (perkara):
apabila ibunya bercakap tentang perkahwinan, Halim cuba ~ ke soal lain;

memesongkan
1. membelokkan (ke kiri atau ke kanan), memusingkan, menukarkan haluan:
akar pokok yang menjalar dalam tanah dapat ~ arah pertumbuhannya ke tempat yang ada air;

2. [kiasan] mengalihkan atau menukar (percakapan, pendirian, dan lain-lain):
parti itu telah mengambil langkah-langkah mengawal ahli-ahlinya sendiri yang cuba hendak ~ dasar dan tujuan asalnya;

terpesong menyimpang dari tujuannya (haluannya, sasarannya), menyeleweng:
kalau berlaku apa-apa kesilapan, roket itu akan ~ dan tidak mengenai sasarannya;
tiba-tiba percakapannya ~ ke soal lain;

pemesongan perbuatan memesongkan (kepercayaan, pendirian, dan sebagainya):
langkah ini dijadikan senjata bagi menentang ~ akidah;

pemesong alat yang memesongkan:
kanta ~ sinar matahari.

berkongsi