permata

batu yang berharga yang diikat pada cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dan lain-lain);
~ dibalas dengan senjata (peribahasa) kebaikan dibalas dengan kejahatan;
~ lekat di pangkur (peribahasa) tidak kena pada tempatnya (orang, perbuatan, dan lain-lain);
bagai menjaga ~ intan semasa dicanai (peribahasa) kasih yang amat sangat (suami terhadap isteri dan lain-lain);
seperti cincin dengan ~ (peribahasa)
a) bersetujuan dalam segala hal;
b) berpadanan (sama-sama cantik dan lain-lain);

berpermata ada permatanya, diikat dengan (bertatahkan dan sebagainya) permata:
rantai emas ~.

berkongsi