peringkat

1. batas yang sudah dicapai (dalam sesuatu kerja, kegiatan, perundingan, dan lain-lain), tingkat (dalam perkembangan sesuatu), tahap:
kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain;

2. bahagian (darjat, kelas, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, kemajuan, dan lain-lain):
kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yang di ~ rendah serta yang berkedudukan tinggi;

berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan:
contoh kira-kira yang diberikan oleh guru hendaklah ~, daripada yang senang kepada yang susah;

berperingkat-peringkat peringkat demi peringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap:
al-Quran diturunkan ~;
setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~;

memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dan sebagainya mengikut peringkat-peringkat tertentu:
pelajaran yang diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid;

pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu:
sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~.~ berkurung perintah yang melarang orang keluar dari rumah pada masa-masa yang ditentukan;
~ halus perintah yang berupa nasihat (cadangan dan lain-lain);
~ keras perintah yang mesti dipatuhi;

seperintah menurut segala perintah (ibu bapa dan lain-lain):
menurut adat istiadat kita, anak ~ bapak dan kemanakan ~ mamak;

memerintah
1. mengeluarkan (memberi) perintah, menyuruh (mengarahkan) melakukan sesuatu:
jika hendak menegah sesuatu perbuatan jarang ia memaksa atau ~, melainkan ia menasihati dahulu;

2. menguasai dan mengurus (negara, orang, dan lain-lain):
menurut sistem demokrasi, kerajaan yang dipilih rakyat ~ negeri;

memerintahi
1. memberi (mengeluarkan) perintah kepada:
sebagai ketua ia ~ orang-orang di bawahnya;

2. membawahkan, memimpin;

3. [arkaik] memerintah (menguasai dan mengendalikan):
selama tiga tahun setengah, Malaya diperintahi Jepun;

memerintahkan
1. memberikan perintah kepada, mengarahkan supaya mengerjakan:
ke mana juga ia diperintahkan pergi, ia mesti patuh;

2. memerintah (menguasai dan mentadbir negeri dan lain-lain):
duduklah ia ~ negeri Pahang sementara belum beraja;

3. mengelolakan, mengurus (kawasan dan lain-lain);

terperintah diperintah, dikuasai:
bagi saya orang yang ~ ini, disuruh pergi ditegah berhenti;

berkongsi