peri I

1. hal, keadaan, sifat:
diwartakannya kepada wazir-wazirnya ~ kebesaran negeri Melaka;
terdengarlah ke Singapura ~ baik paras puteri itu;
~ kebinatangan
sifat-sifat yang terdapat pada binatang;
~ kehidupan keadaan kehidupan;
~ kesopanan sifat sopan;

2. cara (mengerjakan sesuatu dan lain-lain), laku:
akibat perbuatan suaminya itu jugalah ia terlantar demikian ~;
betapa ~(nya)
bagaimana caranya (halnya);
~ yang layak bagi manusia perbuatan yang layak bagi manusia;

3. bagaimana, betapa:
kita hendaklah sentiasa sedar ~ mustahaknya perpaduan dan taat setia rakyat pada negara;

4. [sastera lama] hal (yang berlaku), kejadian, peristiwa:
pada bicara patik, baik juga Duli Yang Dipertuan menyuruh membantu Pahang, dari kerana barang suatu ~ Pahang itu tidaklah Duli Yang Dipertuan rugi.

berkongsi