percaya

1. = ~ akan (kepada) mengakui (menerima, yakin) akan benarnya (adanya dan lain-lain) sesuatu:
~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong;
orang Islam wajib ~ kepada Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka;

2. = ~ akan (kepada) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dan lain-lain orang), pasti dapat berbuat sesuatu (akan terhasilnya sesuatu):
aku ~ kepada kau, aku tahu bahawa kau jujur;
ia ~ cita-citanya akan tercapai;
undi tidak ~
undi (dalam mesyuarat, parlimen, dan lain-lain) untuk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dan lain-lain seseorang (sesebuah parti) yang berkuasa;
~ angin lalu percaya kepada kata-kata atau khabar yang belum pasti benar atau tidaknya;

mempercayai
1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dan lain-lain) sesuatu, menerima sebagai benar kata-kata dan lain-lain orang:
ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu;
senapang tersebut dipercayai telah dicuri daripada seorang pengawal kampung;

2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dan lain-lain):
datuk penghulu itu seorang yang dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya;

percaya-mempercayai saling mempercayai:
perasaan tidak ~ antara satu sama lain;

mempercayakan menyerahkan atau meninggalkan dengan sepenuh keyakinan (supaya dijaga dan lain-lain), mengamanatkan:
tanah dan rumah yang baru dibelinya itu dipercayakan kepada orang yang menyewa rumahnya;

kepercayaan
1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dan lain-lain) sesuatu, iman, iktikad:
ada ~ yang mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul;
kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dan sebagainya;
~ kuno
kepercayaan kepada yang kuno (kolot);

2. sesuatu yang dipercayai (diyakini, diterima sebagai benar, dan lain-lain);
sudah jadi ~ yang turun-temurun sudah jadi sesuatu yang dipercayai turun-temurun;

3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dan lain-lain) orang;
~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh;
kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi;
~ akan (kepada) diri sendiri
kepercayaan (keyakinan) pada kebolehan diri sendiri;
mosi ~ [Indonesia] usul (dalam parlimen dan lain-lain) untuk menegaskan keyakinan pada kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah;
surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dan lain-lain yang dinyatakan);

4. boleh dipercayai, amanah (jujur dan lain-lain):
ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini;

5. orang yang dipercayai (diamanahkan sesuatu):
perkara itu diserahkan kepada ~nya;

berkepercayaan mempunyai kepercayaan;

ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya:
telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yang berkenaan.

berkongsi