perap II

memerap
1. mengurung (menyembunyikan) diri dalam rumah dan lain-lain (tidak keluar-keluar):
dia ~ sahaja di rumah;

2. membiarkan daging, ikan dan sebagainya yang telah digaul dengan bahan yang terdiri daripada sos, garam, rempah dan sebagainya, untuk beberapa waktu sebelum dimasak:
~ daging ayam itu beberapa jam atau semalaman;
~ diri
memerap;

terperap
1. tertahan, tidak terurus, tertumpuk (surat dan lain-lain);

2. terkurung, terpendam:
dia lebih suka ~ di dalam biliknya;

perapan sesuatu (seperti ayam, daging, sotong dan sebagainya) yang diperap, hasil memerap:
~ itu direbus selama 3 jam sehingga masak;

pemerapan perihal (perbuatan atau proses) memerap:
~ daging itu sekurang-kurangnya dua jam;

pemerap
1. (orang) yang bertabiat suka memerap:
si anak akan berasa tersinggung, jauh hati, lalu menjadi kanak-kanak yang ~;

2. bahan yang terdiri daripada rempah, herba, minyak, cuka dan sebagainya yang digaulkan pada daging, ikan dan sebagainya, dan dibiarkan menyerap beberapa waktu sebelum dimasak untuk menambah rasa dan melembuntukan daging, ikan dan sebagainya.

berkongsi