penjara

1. tempat atau bangunan penjenayah dikurung sebagai hukuman, bui, jel, kurungan, terongko, tutupan;
~ besi [Kelantan] (dalam) jagaan yang kuat, (di bawah) pemerintahan kuku besi;
hukuman ~ sepanjang hayat hukuman penjara yang tempoh hukumannya berjalan sehingga pesalah itu mati;
hukuman ~ seumur hidup hukuman penjara yang tempoh hukuman maksimumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pegampunan jika patuh kepada peraturan penjara dan berkelakuan baik);

2. situasi apabila seseorang berasa terperangkap:
pengarang itu tidak akan terlepas daripada ~ pengalamannya;

memenjarai [kiasan] mengongkong, membelenggu:
suara-suara protes itu bagai mengepung dan ~nya;

memenjarakan mengurung penjenayah dan lain-lain dalam penjara:
Pangeran Agung pun dipenjarakan di dalam sebuah kota kecil;

terpenjara dikurung (terkurung) dalam penjara atau seolah-olah seperti dalam penjara:
ramai di kalangan wanita setelah mendirikan rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pada mulanya merupakan orang yang paling bahagia;
ada segolongan orang yang ~ dalam khurafat;

pemenjaraan perihal (perbuatan) memenjarakan, perihal (keadaan) terpenjara:
satu lagi bentuk hukuman ialah ~;

kepenjaraan perihal penjara.

berkongsi