pendam

memendam
1. = memendamkan menyembunyikan sesuatu dalam tanah dan lain-lain:
bahan ini dileburkan berkali-kali, kemudian disimpan dalam tempayan dan dipendamkan di hutan;

2. memendamkan diri tidak menunjukkan diri kepada orang ramai, tidak keluar-keluar dari rumah, menyembunyikan diri;

3. menyimpan sesuatu dalam hati dan lain-lain:
dia sudah terlalu lama ~ rasa, sudah lama menyimpan kasih;
~ cinta;

terpendam
1. tertanam (tersimpan) dalam tanah dan lain-lain;

2. tersembunyi atau tersimpan sahaja lama-lama tidak diketahui (digunakan dan lain-lain):
puisi Rustam Effendi adalah kekayaan yang lama ~, tidak banyak diketahui oleh masyarakat;

3. tersimpan dalam hati dan lain-lain:
tidak disangkanya Dang Kenanga begitu berani lancang meramalkan apa yang tersimpan atau ~ dalam hatinya;

pendaman sesuatu yang dipendam.

berkongsi