pemerintahan

perihal memerintah, cara (sistem) memerintah, pentadbiran:
di bawah ~ demokrasi, rakyat diberi kebebasan yang luas;
~ sewenang-wenang
(Undang-undang) sistem pemerintahan yang tidak dibatasi oleh undang-undang;

pemerintah
1. kekuasaan yang memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dan sebagainya:
menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~;
~ daerah
kekuasaan yang memerintah daerah;

2. badan atau kumpulan orang yang memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan:
parlimen menjaga dan mengawasi segala yang dibuat oleh ~;
kabinet yang terdiri daripada perdana menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yang menentukan dasar pentadbiran negara;
parti ~
parti politik yang memerintah (kerajaan);

3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan;
tanah (pejabat dan lain-lain) ~ tanah (pejabat dan lain-lain) kepunyaan negara atau kerajaan;

4. pegawai (polis, tentera, dan lain-lain) yang mengetuai pasukan dan memberikan perintah (arahan-arahan):
perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu;

5. [arkaik] pengawas, pengelola, pengurus:
~ perkebunan;
~ berperlembagaan
pemerintah (kerajaan) yang mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan;
~ pelarian kerajaan yang berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dan sebagainya);
~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yang sebenarnya);
~ pusat kerajaan pusat (yang berkuasa terhadap seluruh negara);
~ tentera pemerintah yang dikuasai oleh tentera.

berkongsi