memelihara
1. membela, menjaga, merawat:
mereka ~nya sehingga ia dewasa;
di rumah sakit dia dipelihara dengan sempurna;
~ tubuh daripada diserang oleh penyakit;
2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dan lain-lain) dengan baik;
~ pelajaran dan bahasa;
~ cucuk tanam;
3. menternak binatang:
ia banyak ~ lembu;
4. mempunyai atau menyimpan (gundik dan lain-lain);
5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dan lain-lain);
6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) daripada bahaya dan lain-lain:
dipeliharakan Allah daripada segala bala dan aniaya;
terlalu adil sekali ia ~ negerinya;
~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yang kurang baik;
terpelihara
1. dipelihara (dibela), terjaga:
tanaman itu dalam keadaan tidak ~;
2. terlepas (terlindung) daripada bencana dan lain-lain, terselamat:
~ daripada segala bahaya;
peliharaan (orang dan lain-lain) yang dipelihara, piaraan:
anak-anak yatim piatu ~ Dato’ Bendahara itu pun pulang dari bermain;
biri-biri ~ mempunyai bulu yang tebal serta lembut;
keterpeliharaan keadaan terpelihara:
~ daripada kesalahan dan keabdian yang dijamin oleh al-Quran;
pemeliharaan
1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan:
amalkan langkah-langkah asas ~ kulit;
2. pendidikan:
anaknya itu diserahkan ke dalam ~ seorang pengasuh;
3. penternakan (binatang):
diadakan kawasan khas untuk ~ binatang-binatang ternakan;
4. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dan lain-lain:
pada Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya;
5. penyelamatan (daripada bencana, rosak, dan lain-lain):
~ tanah;
pemelihara
1. orang yang memelihara;
2. suka memelihara.