peka

1. [sastera lama] tidak lengah (lalai);

2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dan lain-lain), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif:
alat yang amat ~ yang boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk;
labah-labah mempunyai sesungut yang ~ terhadap sentuhan;

3. menyedari (dengan sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sensitif:
kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita;
pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar;

memeka menghiraukan, mempedulikan;

kepekaan perihal peka (mudah berasa, mudah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu):
cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yang terlalu terang;
~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti.

berkongsi