keadaan tidak bersatu padu (huru-hara, kacau-bilau dan sebagainya) sehingga boleh membawa kepada kehancuran, keruntuhan dan sebagainya sesuatu institusi (masyarakat, keluarga dan sebagainya):
~ boleh berlaku dalam sebuah masyarakat disebabkan oleh fahaman politik yang berlainan;
ayah sekali-kali tidak mahu menjadi punca yang menimbulkan ~ sesama sendiri yang buruk padahnya nanti;
berpecah belah
1. bercerai-berai, tidak bersatu lagi:
melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun ~, lalu lari cerai-berai;
2. kucar-kacir, porak-peranda:
rumah tangga mereka ~ apabila ibu bapa mereka bercerai;
3. = barang ~ barang-barang tembikar (pinggan mangkuk dan lain-lain);
memecahbelahkan menyebabkan jadi pecah belah, menjadikan bercerai-berai:
mereka bertujuan hendak ~ perpaduan antara kaum.