payah

1. tidak mudah, tidak senang, sukar, susah:
bukannya ~ benar membuat kerja itu;
~ basa
[Kelantan] susah hendak memperkatakan (merundingkan, membincangkan) sesuatu;

2. berat atau teruk (penyakit):
bapaku mendapat sakit ~ di Sungai Baharu;

3. (berasa) letih, lelah, lesu, penat:
rupanya ia kepanasan dan ~ setelah mendayung basikalnya dengan cepat selama setengah jam;
tak ~
tidak perlu, tidak usah:
baginda jua mempunyai kuasa untuk bertindak sendiri dengan tidak ~ mendengar nasihat sesiapa;
berjerih ~
= bersusah ~ = berpayah-payah;
berpayah-payah
mengerjakan (melakukan) sesuatu dengan berlelah-lelah atau memerah keringat, berpenat lelah:
janganlah saudara ~ kerana saya;

memayahkan menyebabkan payah, menjadikan payah, menyusahkan, melelahkan:
sekali itu dia berasa payah kembali dari rapat, padahal apalah yang akan ~ dalam rapat itu;

memayah-mayahkan;
~ diri bekerja keras-keras (dengan bersusah-payah), bekerja berat, berpayah-payah;

memperpayah menjadikan lebih payah:
bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah;

kepayahan
1. perihal payah, kesukaran, kesusahan:
Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yang diadakan oleh kerajaan;

2. menderita payah (kesulitan, kekurangan):
sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yang bersejarah;

3. kelelahan, keletihan:
beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah seperti orang ~.

berkongsi