sangkut ~ kaitan antara dua tiga hal (perkara dan lain-lain);
~ bingkai tangguk [Kelantan] cara duduk dengan bercangkung dan tangan memeluk kedua-dua lutut;
berpaut
1. berpegang kuat-kuat (pada), melilit erat-erat (pada sulur-suluran dan lain-lain), tertambat kuat (pada):
tangannya yang ~ pada tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai;
anak-anak kelawar ~ pada bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan;
2. [kiasan] berpegang teguh-teguh (pada), mengasaskan sesuatu kegiatan dan sebagainya:
kita ~ erat kepada suatu metodologi yang lemah yang ditolak oleh pengasasnya sendiri;
3. tertutup kembali, terkatup semula, bertaut:
apung terendam di seberang sana, beting ~ dari kuala;
4. [kiasan] bertemu, bertembung;
~ tidak bertali
a) terikat tetapi tidak dengan tali;
b) [kiasan] masih belum selesai (sesuatu perkara);
c) [kiasan] perempuan yang sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya;
~ sehasta tali (peribahasa) tidak dapat berbuat sesuatu dengan sesuka hati;
berpautan saling berpaut, berpegangan:
Mike merapati Darwisah, dan tangan mereka ~;
~ dengan ada hubungannya dengan, berkaitan dengan, bersangkutan dengan, bertalian dengan;
memaut
1. memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dengan teguh):
tangannya ~ kedua-dua lututnya itu;
muka Wan Intan diangkatnya dengan ~ dagu lebah bergantung itu;
2. melilit dengan teguh, mengikat, menyangkut:
banyak pokok mengeluarkan sulur paut yang ~ pada sokong;
3. [kiasan] menyebabkan turut terlibat, melibatkan, menarik (perhatian, pandangan, dan lain-lain):
ia harus melukiskan suasana dan peristiwa yang benar-benar berlaku, yang ~ sebilangan besar masyarakat;
4. [kiasan] mengaitkan, menambatkan (perasaan, pandangan, minat, dan lain-lain):
gadis kampung itulah yang telah ~ hatiku pada kampung halamanku;
terpaut
1. terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dan lain-lain), terpikat kepada:
hatinya sudah ~ oleh anak dagang yang hitam manis itu;
~ kasih, tersangkut sayang terlalu amat cinta;
2. terikat dengan, bersebati dengan:
anak-anak panah yang ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dalam serombong buluh;
3. terlekat (pada), tertumpu (pada):
matanya ~ ke awan berarak;
4. bertemu, tersua:
jika kita mula menyelami perkara itu betul-betul kita akan ~ dengan masalah-masalah yang lebih panjang;
semasa dia menyunting karya itu dia ~ dengan beberapa kesalahan ejaan;
~ bertali, tertambang berlantak (peribahasa) terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi;
pautan
1. hasil memaut (memegang dan lain-lain), pegangan:
mereka pun bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan mereka terurai;
2. tempat berpaut (berpegang dan lain-lain), sesuatu yang dipaut:
ia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat tambatannya;
3. hubungannya dengan, kaitannya dengan;
4. tempat menambatkan lembu dan lain-lain, tempat mengikat ayam;
5. [kiasan] tempat asal;
ayam pulang ke ~ (peribahasa) sudah pada tempatnya;
perpautan perihal berpaut, perhubungan, pertalian;
pemaut
1. sesuatu yang digunakan untuk memaut, pemegang (untuk menarik):
ketika ia membuang batu fatom yang ketiga kalinya, tali ~ pinggang putus;
2. alat yang menghubungkan enjin dengan sesuatu yang hendak digerakkan (gear).