patut I

1. baik atau elok (perangai, perbuatan, dan lain-lain), senonoh:
jangan kamu ingin akan yang tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara;
orang ~-~
orang baik-baik;

2. layak, sesuai (untuk melakukan sesuatu dan lain-lain):
guru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap dan bila ia ~ diam;
aku periksa erti-erti perkataan itu dan bagaimana ~ dipakai;

3. tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai:
harga barang itu sudah ~;

4. [sastera lama] sepadan (dengan), sesuai benar (dengan), setuju:
maka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan tadi;

5. berpadanan, seimbang, setimbal:
belum ~ dosanya Hang Tuah ini dibunuh;
kalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu;

6. tidak boleh tidak, mesti, wajib:
ukuran dada ~ bertambah kira-kira tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan;

7. perlu, penting:
~ juga diberitahu di sini bahawa …;

8. sudah seharusnya, selayaknya:
jika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah;
tetapi Menteri Muda bukan orang yang ~ dilupakan;

9. sebenarnya, sesungguhnya:
pada ~nya, dialah yang menjadi raja kerana dia yang tuanya;

10. tidak dihairankan, padan benar:
~lah beria-ia benar dia memandang ke mari tadi;

11. [Kelantan] boleh jadi, mungkin;

sepatutnya
1. semestinya, selayaknya, sepantasnya:
kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan;

2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya:
polis ialah pegawai keamanan yang ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan;

3. = dengan ~ dengan selayaknya, dengan baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan:
ia akan menghukum orang yang didapati bersalah dengan ~;

berpatut-patut ada had atau batasnya yang patut, berpada-pada;

berpatutan
1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dengan), sesuai:
kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yang ~ untuk mempertahankan diri kita;

2. setimbal, secocok, sepadan:
jikalau negara mesti mengambil harta itu untuk kebajikan umum harga yang ~ haruslah diberi;

3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang:
bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dari satu bikar yang ~ besarnya;

4. [sastera lama] baik (kelakuan, perangai, dan lain-lain), elok, senonoh:
maka adat itu meluluskan yang boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yang tiada ~;

5. [sastera lama] kena, cocok, sesuai:
jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dengan tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya;

6. perlu, cukup:
mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yang terlalu jauh untuk diberi perhatian yang ~ dalam rancangan pelajaran kebangsaan;

mematut
1. mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok, memperbaik, memperelok:
ia berdiri di hadapan cermin besar sambil ~ ikatan sampingnya;

2. = mematut-matut;
~ diri menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan:
bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya;

mematut-matut
1. [Minangkabau] melihat (menyelidiki, memandang, dan lain-lain) untuk mengetahui buruk baiknya;

2. mengira-ngira (untuk mengetahui berapa banyaknya dan lain-lain), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan:
dia lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya;
kalau saya bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya menolong meringankan penderitaan mereka nanti;

mematuntukan
1. mengatur (menyusun dan lain-lain) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan;

2. [sastera lama] menganggap patut (padan, sesuai):
maka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua;

3. = mematut-matuntukan;
~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dengan bersolek, berdandan, dan sebagainya:
di hadapan cermin muka, ia ~ diri;

4. menjadikan patut (padan, sesuai, dan lain-lain), pertimbangan;

5. perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan.

berkongsi