patah I

1. putus (berkenaan (dengan) barang yang keras dan panjang), tidak bertaut atau bercantum kuat-kuat lagi:
penselnya sudah ~;

2. [kiasan] tidak dapat diteruskan (dilanjuntukan) lagi;
pelajaran saya ~ di tengah jalan tidak tamat, terhenti;

3. penjodoh bilangan untuk kata (perkataan):
beberapa ~ kata;
se~ dua kata
satu atau dua patah kata, sedikit perkataan;
~ arang putus langsung, tidak boleh berbaik kembali (perselisihan);
~ balik berbalik, bertukar arah hingga berlawanan dengan yang semula;
~ batu (hatinya) tidak mahu berusaha lagi;
~ celana [Indonesia] lipatan pada seluar;
~ hati
a) tawar hati, hilang keberanian (kemahuan);
b) = ~ lesu putus harapan, kecewa (dalam percintaan dan lain-lain);
~ jetam [Kelantan] penyakit pecah-pecah kulit pada kaki;
~ kaki tidak dapat berbuat apa-apa (kerana tidak ada penolong yang boleh diharap);
~ lagu gentar atau putus-putus suara (apabila menyanyi);
~ lidah tidak dapat berkata (dengan lancar), tidak dapat menjawab;
~ mayang ikal atau mengombak (rambut);
~ nafsu (selera) hilang nafsu (selera) makan;
~ perang kalah perang;
~ pucuk tidak habis atau selesai (pekerjaan dan lain-lain);
~ riuk patah yang teruk (tulang);
~ said renyuk, tidak licin (baju, seluar);
~ semangat hilang keberanian atau kemahuan (untuk berusaha dan lain-lain), tawar hati;
~ siku
a) sudut siku-siku;
b) tidak dapat menolak (membantah dan lain-lain) lagi, menurut sahaja (kerana kasihan, terhutang budi, dan lain-lain);
~ tulang
a) patah tulangnya;
b) tidak dapat menolak lagi (permintaan dan lain-lain);
~ dahan tempat bernaung, ~ lantai tempat berpijak (peribahasa) tidak ada lagi (habis langsung) tempat meminta pertolongan dan lain-lain;
~ kepala bertongkat paruh, ~ paruh bertelekan = ~ tongkat berjeremang (peribahasa) tidak putus harapan, terus berikhtiar (bekerja);
~ lidah alamat kalah, ~ keris alamat mati (peribahasa) tidak pandai membela sesuatu perkara tanda kalahlah;
~ tumbuh hilang berganti (peribahasa) seseorang ketua dan lain-lain yang mati (pergi) yang lain ada gantinya;
siapa melalah siapa ~ (peribahasa) siapa yang berhajat sangat, dialah yang datang meminta (peminangan);
sudah ~ yang bertaji (peribahasa) [Minangkabau] kalau kematian bapa (mamak) yang berharta (disegani) susahlah kaum keluarganya yang tinggal;
tiada ~ yang tak tempang (peribahasa) tiap-tiap kecelakaan (perselisihan) tetap meninggalkan bekas (perasaan) yang tidak baik;

sepatah satu patah;
~ kata
a) suku kata (perkataan);
b) kata pendahuluan (pengantar);

berpatah bertukar haluan (arah):
dia ~ mahu pergi;
~ balik
berbalik, bertukar arah yang bertentangan dengan yang semula;
~ arang berputus langsung (perselisihan);
~ hati berasa patah hati (kecewa dan lain-lain);

mematah
1. menukar haluan (arah):
kemudian ia ~ masuk ke sebuah lorong;
~ balik
menukar haluan ke arah tempat datangnya;
~ selekoh menukar arah mengikuti selekoh;

2. PI tidak dapat berjalan, lemah:
kenapa pula itik itu ~ sangat;

mematah-matah;
~ jari melipat-lipat atau menarik-narik jari hingga berbunyi;

mematahkan
1. menjadikan (menyebabkan) patah:
~ batang besi;

2. [kiasan] menjadikan (menyebabkan) tidak berlanjutan dan lain-lain, menggagalkan (mengecewakan, mengalahkan, dan lain-lain):
~ cita-cita;
~ serangan lawan;
~ haluan
mengalih (menukar) haluan;

mematah-matahkan mematahkan sesuatu beberapa kali atau banyak kali:
mereka ~ ranting kayu untuk dibuat kayu api;

patah-mematahkan [kiasan] saling mengalahkan;

terpatah telah (sudah) patah:
tujuh bilah lantai ~, tujuh mengkawan atap ~;

patahan sesuatu yang patah;

pematahan perbuatan mematahkan;

pematah
1. pepatah, bidalan;

2. sesuatu yang dipakai untuk mematahkan;
(doa, mantera) ~ lidah mantera untuk membuat orang tidak boleh berkata-kata.

berkongsi