pasar I

bangunan atau kelompok gerai dan sebagainya tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (lapangan dan sebagainya untuk) orang berjual beli:
~ Chow Kit di Kuala Lumpur;
lebuh pekan ~ pun penuh dengan kedai;
~ amal (derma, ria)
pasar yang diadakan oleh badan amal dan lain-lain untuk mengutip derma;
~ besar pasar (tempat menjual ikan, sayur, dan lain-lain) yang terbesar di sesuatu tempat;
~ borong pasar tempat menjual barang-barang dagangan secara borong atau banyak-banyak kepada peniaga runcit;
~ gelap tempat berjual beli yang tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yang diharamkan dan lain-lain);
~ lambak tempat menjual barang-barang murah yang dilambakkan (seperti di tepi jalan dan lain-lain);
~ malam
a) pasar pada waktu malam;
b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dan lain-lain) yang dibuka untuk beberapa hari pada waktu malam;
~ mini kedai moden yang tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan (biasanya dalam tin, bungkusan, dan sebagainya) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri;
~ modal = pasaran modal (Ekonomi) badan (lembaga) kewangan yang meminjamkan wang (bank dan lain-lain);
~ raya kedai moden yang besar yang menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dalam tin, bungkusan, dan sebagainya) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri;
~ tahunan pasar yang ada bermacam-macam pertunjukan dan lain-lain yang diadakan tiap-tiap tahun;
~ tani pasar yang khusus untuk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kepada orang ramai;

memasarkan
1. menjual sesuatu di pasar;

2. memperdagangkan:
~ barang-barang pengeluaran;

pasaran
1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli);

2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dan sebagainya) perniagaan yang memberi kesempatan kepada penjualan barang-barang atau perkhidmatan:
kita harus bekerja keras untuk mencari ~ di luar negeri;

3. permintaan pembeli atau penawaran penjual:
bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika;
pegawai ~
orang yang bertugas memperluas (mencari dan lain-lain) pasaran untuk barang-barang;

4. kualiti kurang baik (barang dagangan);
~ bebas (Ekonomi) kawasan tempat orang berjual beli dengan bebas tanpa sekatan harga (banyaknya);
~ bersama (Ekonomi) beberapa negara yang meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yang sama terhadap negara lain;
~ buruh pasaran yang berkaitan dengan penawaran dan permintaan tenaga manusia;
~ dalam negeri pasaran terhad di dalam negeri;
~ dunia pasaran di negara-negara di dunia (antarabangsa);
~ saham tempat berjual beli saham;
~ terbuka pasaran yang tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kepada semua peniaga) dengan harga barang bergantung pada penawaran dan permintaan;
~ wang (Ekonomi) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dan lain-lain);

pemasaran perihal atau perbuatan memasarkan:
rancangan ~ untuk pekebun-pekebun kecil;
Lembaga P~ Pertanian Persekutuan
badan yang membantu (menguruskan dan lain-lain) penjualan hasil-hasil pertanian;

pemasar pihak (orang, firma dan sebagainya) yang memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dan sebagainya:
~ utama benih kayu jati tempatan;
~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yang agak besar.

berkongsi