papan I

1. keping kayu yang nipis atau lebar;
kilang ~ kilang untuk membuat papan daripada kayu;
rumah ~ rumah yang dindingnya daripada papan;

2. keping (penjodoh bilangan petai, mercun, dan lain-lain);
~ bam papan tumpuan kemudi atau tiang pada perahu (kapal);
~ batu papan daripada sejenis batu (untuk menulis), batu tulis;
~ berapit papan di atas apit lempang;
~ canai papan untuk mencanai;
~ catur papan untuk permainan catur;
~ cuki papan untuk permainan cuki;
~ dam papan untuk bermain dam (tempat digerakkan buah dam);
~ dondang papan buaian (ayunan);
~ gentian sejenis papan yang dibuat daripada gentian selulosa (yang dipadatkan dengan menggunakan haba dan tekanan);

~ hitam = ~ tulis papan yang biasanya bercat hitam tempat menulis dengan kapur;
~ iklan papan besar tempat dipaparkan sesuatu iklan;
~ jongkang-jongket papan permainan kanak-kanak yang boleh turun naik;
~ karom papan dengan empat penjurunya berlubang (dan dibubuh jaring kecil) digunakan untuk bermain karom;
~ kedua (Ekonomi) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yang menyenaraikan saham syarikat sederhana dengan modal berbayarnya antara RM 5 juta hingga RM 20 juta;
~ kekunci alat yang mempunyai set kekunci yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer;
~ kenyataan papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dan lain-lain);
~ keranda papan untuk membuat keranda;
~ lantai papan yang digunakan untuk membuat lantai;
~ lapis papan yang merupakan satuan daripada kepingan nipis papan;
~ lukis(an) papan tempat kertas disemat (direntangkan dan lain-lain) supaya senang melukis;
~ nada (Seni Muzik) alat yang mempunyai set kekunci yang mengeluarkan nada berbeza apabila ditekan, misalnya pada piano, organ dan sebagainya;
~ notis papan kenyataan;
~ pembasuh papan tempat membasuh kain;
~ pemuka bahagian di dalam kereta dan sebagainya di bawah cermin depan yang menghadap pemandu, tempat terdapatnya pelbagai alat kawalan, suis, meter dan sebagainya;
~ serpai papan panel yang dihasilkan daripada gabungan serpihan bahan-bahan lain yang diikat dengan resin atau bahan pengikat lain;
~ tanda papan nama sesuatu tempat (kawasan);
~ utama (Ekonomi) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yang menyenaraikan saham syarikat besar yang modal berbayarnya melebihi RM 20 juta;

sepapan sekeping:
~ petai;

memapan mengenakan (memasang) papan untuk lantai rumah dan lain-lain;
perut ~ [Indonesia] perut keras;
belayar sambil ~ (peribahasa) melakukan dua pekerjaan (perkara) sekali gus.

berkongsi